KELAB SILAT OLAHRAGA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT
85009 SEGAMAT
JOHOR
`LAPORAN ANNUAL GENERAL MEETING’
Pengenalan
`Annual General Meeting’ (AGM) Kelab Silat Olahraga UiTM SEGAMAT telah berjaya diadakan pada 8 Disember 2011 bertempat di SL 006 pada jam 9.00 malam. AGM ini telah di hadiri oleh ahli-ahli kelab ini seramai 40 orang. Tujuan AGM ini diadakan bagi mengenali setiap ahli organisasi yang baru dilantik di samping dapat mengenali setiap ahli-ahli yang menyertai kelab ini sama ada yang lama mahupun yang baru. Program ini dikendalikan oleh ahli-ahli jawatankuasa tertinggi bagi membantu mencapai objektif yang disasarkan.
Objektif
o Mengeratkan hubungan antara ahli kelab.
o Menyusun strategi bagi memajukan kelab ini.
o Memberi pengenalan tentang silat olahraga.
o Membincangkan aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan sepanjang semester.
Tarikh : 8 Disember 2011
Tempat : SL 006
Penasihat dan Jemputan VIP
Encik Adly Albakhri bin Ismail merupakan penasihat kelab ini telah menjadi jemputan VIP untuk memberikan pengenalan dan penerangan yang lebih terperinci tentang silat olahraga ini.
Senarai Ahli Organisasi
Ahli organisasi telah dilantik di kalangan ahli kelab ini dan mereka ini telah di pilih secara temuduga oleh penasihat kelab ini.
PRESIDEN:
KHAIRUL MUHD SYAKIR BIN ABDUL RAHMAN
NAIB PRESIDEN:
NOORAZMIRA BINTI AZAIKIAK
SETIAUSAHA:
NOR SHAHRIZA BINTI MOHD SANNUSI
NAIB BENDAHARI:
KHUZAIMAH BINTI MAN SHAH
EXCO MULTIMEDIA:
NUR SYAZANA ADILAH BINTI MOHD NORZEHAN
EXCO TUGAS-TUGAS KHAS:
NORAKILAH BINTI ZAHARI
WAN FARHATUL NAJWA ALWANIE BINTI WAN HAMDAN
UMMI KALSOM BINTI ABU MA’SOD
EXCO LATIHAN:
MOHD SYAH BIN SABAR
MUHD HAFIZ BIN MUHD HADITS
MUHAMMAD ZAFUAN BIN NOR ZAIRI
8 Disember 2011
8.30 malam Kehadiran ahli-ahli kelab.
9.00 malam Kehadiran jemputan VIP iaitu Encik Adly Albakhri bin Ismail.
Bacaan doa.
Nyanyian lagu Negeri Johor, Negaraku dan UiTM Di Hatiku.
Pengenalan tentang Silat Olahraga.
Ucapan perasmian AGM oleh Encik Adly.
Ucapan oleh pengerusi kelab dan pengenalan carta organisasi
yang baru serta pembincangan tentang aktiviti yang bakal
diadakan sepanjang semesta ini.
11.00 malam Penutupan.
Nyanyian lagu Wawasan Setia UiTM.
Bersurai.
Penutupan
AGM ini telah bermula pada pukul 9.00 malam dan berakhir pada pukul 11.00 malam. Objektif AGM ini telah berjaya dilaksanakan.
Di sediakan oleh,
shahrizasannusi
(NOR SHAHRIZA BINTI MOHD SANNUSI)
Setiausaha,
Kelab Silat Olahraga,
UiTM Segamat.