Wednesday, 14 December 2011

semester nov 2011-march 2012


permulaan semester ini..
kami telah menyertai UNIFEST anjuran MPP yang telah diadakan di Dataran Sri Bendahara..
kami telah mengadakan demo cara-cara  kami berlatih di hadapan para pelajar yang menghadiri booth kami..
kami juga telah mendapat sambutan yang baik oleh pelajar-pelajar UiTM dengan mendaftarkan diri di dalam kelab ini..
kami sebagai ahli-ahli lama telah bergilir-gilir manjaga booth bagi menjayakan UNIFEST pada kali ini..












seterusnya, kami telah mengadakan AGM iaitu Annual Grand Meeting..
alhamdulillah segalanya telah berjalan dengan lancarnya..






bagi melengkapkan aktiviti kelab ini pada semester kali ini..
kami mengadakan latihan di padang baiduri pada setiap malam ahad dan selasa..
semoga objektif kelab silat olahraga pada kali ini dapat dilaksanakan dengan jayanya..



Tuesday, 25 October 2011

KARISMA


karisma..karisma..karisma..
menjelang karisma pd kali ini, UiTM SEGAMAT telah di pilih utk manjadi tuan rumah bagi menjayakan karnival sukan mahasiswa..
latihan pusat dan karisma diadakan dua minggu berturut-turut bermula 10 oktober sehingga 23 oktober 2011..
sepanjg latihan pusat tersebut..pelbagai aktiviti yg telah kami lakukan..
joging beramai-ramai..
latihan di gunung ledang..
dan mcm-mcm aktiviti lg yg mnyihatkan la..hehe..




di saat sebelum di kejar anjing..
memori yg melucukan..





air terjun gunung ledang..

seterusnya keadaan semasa karisma
|
|
|
|
|
\/




hari pertama karisma..
p/s:maaf kpd siapa yg tiada dlm gambar..



yeah..hari perasmian karisma..di padang utama..
happening giler walaupun kene berjemur..



penyokong hebat dr team uitm johor..

mari sorak beramai-ramai
.
.
.
.
tepuk amai-amai belalang kupu-kupu,
tepuk biar ramai,
budak johor no satu,
satu tak cukup,
dua tak cukup,
tiga tak cukup,
bagi dia cukup-cukup,
oh ayamas,
budak johor memang ganas,
huh hah!!


penyokong team uitm kelantan vs penyokong team uitm johor




hero & heroin


pemenang pingat emas karisma..

sepanjang 2 minggu tu..
sgt mmberi kesan yg positif kepada kami..
terima kasih kepada sesiapa yg terlibat dlm setiap detik tersebut..
penat tetapi gembira..
sekian..


Thursday, 18 August 2011

LATIHAN KARISMA

salam satu uitm..
uitm dihatiku..
kelab silat olahraga uitm segamat telah mengadakan latihan pada setiap malam bagi memantapkan lagi ketahanan mental dan fizikal pesilat-pesilat bagi menghadapi karisma yang bakal menjelang beberapa detik lagi..latihan yang diadakan di padang baiduri..














Wednesday, 20 July 2011

`LAPORAN ANNUAL GENERAL MEETING ’

KELAB SILAT OLAHRAGA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT
85009 SEGAMAT
JOHOR

`LAPORAN ANNUAL GENERAL MEETING ’

Pengenalan

`Annual General Meeting’ (AGM) Kelab Silat Olahraga UiTM SEGAMAT telah berjaya diadakan pada 15 Jun 2011 bertempat di U 010 pada jam 9.00 malam. AGM ini telah di hadiri oleh ahli-ahli kelab ini seramai 40 orang. Tujuan AGM ini diadakan bagi mengenali setiap ahli organisasi yang baru dilantik di samping dapat mengenali setiap ahli-ahli yang menyertai kelab ini sama ada yang lama mahupun yang baru. Program ini dikendalikan oleh ahli-ahli jawatankuasa tertinggi bagi membantu mencapai objektif yang disasarkan.

Objektif

o                              - Mengeratkan hubungan antara ahli kelab.
o                              - Menyusun strategi bagi memajukan kelab ini.
o                              - Memberi pengenalan tentang silat olahraga.
o                              - Membincangkan aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan sepanjang semester.

      Tarikh : 15 Jun 2011
      Tempat : U 010

      Penasihat dan Jemputan VIP

      Encik Adly Albakhri bin Ismail merupakan penasihat kelab ini telah menjadi jemputan VIP               
      untuk memberikan pengenalan dan penerangan yang lebih terperinci tentang silat olahraga 
      ini.


Senarai Ahli Organisasi

Ahli organisasi telah dilantik di kalangan ahli kelab ini dan mereka ini telah di pilih secara temuduga oleh penasihat kelab ini.

PRESIDEN:
SYAZWAN SYAHMI BIN ZULKEPLI

NAIB PRESIDEN:
MOHD MUZHAFFAR BIN NORDIN

SETIAUSAHA:
AMIRUL BIN JAMAIN

NAIB SETIAUSAHA:
NOORAZMIRA BINTI AZAIKIAK

BENDAHARI:
MOHD SYAH BIN SABAR

NAIB BENDAHARI:
KHUZAIMAH BINTI MAN SHAH

EXCO MULTIMEDIA:
AHMAD AZARIQ BIN AHMAD BASTARI
NUR SYAZANA ADILAH BINTI MOHD NORZEHAN

EXCO DISIPLIN:
MUHD NUR AKMAL BIN JAMALUDIN
MOHD HAFIIDH BIN ZAITON @ ZAINAL

EXCO TUGAS-TUGAS KHAS:
MOHD FAZRIN BIN AZLEE SHAM
NURUL SHAKINA BINTI RAMLI
ZAHIRAH EZZATY BINTI ZAINUDDIN
NORAKILAH BINTI ZAHARI

EXCO LATIHAN:
MUHD HAFIZ BIN MUHD HADITS
KHAIRUL MUHD SYAKIR BIN ABDUL
SHARIZA BINTI SANNUSI



Pengisian

15 Jun 2011

8.30 malam      Kehadiran ahli-ahli kelab.
9.00 malam      Kehadiran jemputan VIP iaitu Encik Adly Albakhri bin Ismail.
                          Bacaan doa.
                          Nyanyian lagu Negeri Johor, Negaraku dan UiTM Di Hatiku.
                          Pengenalan tentang Silat Olahraga.
                          Ucapan perasmian AGM oleh Encik Adly.
                          Ucapan oleh pengerusi kelab dan pengenalan carta organisasi
                          yang baru serta pembincangan tentang aktiviti yang bakal
                          diadakan sepanjang semesta ini.
11.00 malam    Penutupan.
                          Nyanyian lagu Wawasan Setia UiTM.
                          Bersurai.


Penutupan

AGM ini telah bermula pada pukul 9.00 malam dan berakhir pada pukul 11.00 malam. Objektif AGM ini telah berjaya dilaksanakan.




Di sediakan oleh,                               

noorazmiraazaikiak
......................
(NOORAZMIRA BINTI AZAIKIAK)
Naib Setiausaha,
Kelab Silat Olahraga,
UiTM Segamat.